Thursday, September 4, 2008

16 September..Kerajaan Baru MP lama...

aku sebenarnya mempunyai rasa yang bercampur baur menerima kedatangan 16 september. buan isu percaya atau tidak, kerana yang berbicara soal 16/9 sudah berapa kali mengeluarkan kenyataan yang dipercayai, akhirnya mengecewakan.

cumanya apa rupa bentuk kerajaan baru itu yang aku fikirkan. kalau kerajaan yang dibentuk itu adalah hasil dari lompatan MP lama yang duduk dalam kerajaan baru, bolehkah ia dinamakan kerajaan baru? ketuanya mungkin baru, tapi orang-orang disekelilingnya tetap lama.

paling utama bagi aku, walau siapapun yang membentuk kerajaan, kepentingan Islam perlu diutamakan. aku menolak kerajaan yang ada pada hari ni, kerana mereka tidak meletakkan Islam sebagaimana sepatutnya. tapi apakah jaminan Islam akan dipertahankan sekiranya kerajaan yang terbentuk itu terdiri dari mereka yang anti-Islam?....

 
a>