Kita boleh sahaja sekata dalam soal penyalahgunaan kuasa, boleh sahaja kita setuju dalam soal rasuah dan penyelewengan, boleh sahaja kita duduk semeja untuk bicara soal kezaliman dan penindasa, malahan boleh sahaja kita bersatu untuk membina satu kerajaan baru. Tapi sekata, setuju, duduk semeja dan bersatu itu ada syaratnya. Jangan dianggap angguk itu bisu dan bodoh, jangan disangka diam itu tandanya setuju. Kenapa perlu disentuh isu-isu yang tidak perlu? Kenapa minta paha sedangkan kaki sudah kudung keduanya? Apapun janji kita. apapun ikrar kita, apapun jenis perhubungan kita, jangan sampai kurang ajar!! |