kalau ditakdirkan satu hari nanti ada pelabur datang ke sandakan, membina sebuah empayar beli-belah yang termasyhur, kalaupun tidak menandingi burj dubai, tapi tidak kalah meriah dengan klcc atau paling kurang 1borneo, pada masa menyambut 'kemajuan' itu, bolehkah kau bertanya sedikit pada diri kau, di mana aku?
dari berita-berita yang aku dengar, ada beberapa buah institut pengajian tinggi bukan kerajaan yang akan dibina di sandakan. satu namanya melayu, satu lagi bukan, tapi yang pasti kedua-duanya bukan milik melayu. aku bukan rasis, tapi aku prihatin akan nasib bangsa bumiputera (sampai sekarang aku masih keliru apakah status bangsa bugis itu bumiputera atau tidak di sabah) apabila ia terbina kelak, apakah ada ruang 'istimewa' buang orang yang berbangsa seperti kau dan aku.
aku bukan rasis, cuma bila berjalan dari lorong ke lorong di bandar sandakan, kadang-kadang aku jemu mencari kedai yang pemiliknya adalah bumiputera. gadis-gadis yang menyapa mesra di pintu-pintu kedai, hampir semua berkulit seperti aku dan kau, tapi sayangnya mereka berdiri dibawah papan tanda yang mereka sendiri mungkin tidak tahu membaca maksudnya. walaupun akhirnya aku bertemu dengan dicari, kegembiraan segera menghilang tatkala menyedari lorong-lorong itu sudah di penghujungnya. ini membuatkan aku berfikir, apakah kemajuan yang menghalau bangsaku ke sudut ini?
aku bukan rasis, cuma aku gelisah melihat anak bangsaku terus leka menyanyikan lagu-lagu di tembok pinggiran laut. tidak sedikit yang lalok dengan syabu atau dadah, menerawang mencari syurga separa sedar. ada juga yang layu melentok dibuai nafsu serakah berpelukan penuh berahi. ada yang berkata, mereka bebas memilih kejahatan dan kebaikan, dan pilihan itu telah mereka tentukan. tapi bukankah Islam mengajar kita agar menjadi manusia yang menjaga tepi kain saudaranya.
aku bukan rasis atau membenci pembangunan, tapi apalah ada pada bangunan yang tinggi mencakar langit, pusat membeli-belah, hotel atau segala macam pembangunan, jika kau bertanya pada diri kau di mana, kau belum ketemu jawapan yang boleh kau banggakan
Monday, January 25, 2010
kamu di mana?
Tuesday, March 17, 2009
pindah
blog ini dipindahkan ke blog lain. aku hadapi sedikit masalah dgn setting, dan seperti kebanyakan generasi 80-an aku malas nak fikir2 pasal bnda ni. jadik aku ambil jalan mudah utk pindah. ni alamat blog baru http://sandakanorigins.blogspot.com/
Wednesday, March 11, 2009
Something fishy?
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama.
Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud.
Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.
Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.
Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah.
Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Monday, March 9, 2009
Tidak perlu ke gaza...
kalau mahu melihat anak-anak disembur pemedih mata, kalau mahu melihat ibu-ibu dikasari, kalau mahu melihat pemuda-pemuda dibelasah polisi, kalau mahu melihat rumah Allah diserang, kamu tidak perlu ke gaza, cukup kamu menghadiri rapat umum rakyat, kamu akan melihat segalanya di hadapan matamu...saksikan gambar-gambar yang aku sempat ambil semasa perhimpunan membantah PPSMI http://pastsc.blogspot.com/.
"..saya sebenarnya berterima kasih, kerana pada usia 76 tahun baru saya merasakan peritnya pemedih mata ..." SN dato' A. samad Said..
Thursday, March 5, 2009
Altantuya's case reveal
"A report from the Malaysian police, written on 19th november 2006 and which has been kept secret until now, reveals dry and precise descriptions as to how this young woman, a member of Asian high society, has been killed. In this document, one of the killers, a policeman of the Malaysian Special Branch named Sirul Omar, replied to the questions of an officer at a police station close to the murder scene. “When the Chinese woman saw that I was taking a gun, she begged me to spare her, saying she was pregnant. Azilah (the commanding officer of Sirul) grabbed her and [threw] her on the ground. I immediately shot the left side of her face. Then Azilah took off her clothes and put them in a black plastic bag. Azilah noticed that her hand was still moving. He ordered me to shoot again, which I did”, said Sirul. This is the first confirmation of Altantuya’s assassins’ identity. “Then we carried her body into the woods. Azilah wrapped the explosives around her legs, her abdomen and her head, and we exploded her."
Sebahagian dari petikan artikel dalam The French Liberation newspaper yang membuat laporan terperinci mengenai kes pembunuhan Altantuya dan menyingkap dokumen-dokumen yang cuba dipadamkan oleh pihak-pihak tertentu. Doa kita, semoga keadilan akan diberikan kepada mendiang dan anak-anaknya. Ikuti rencana ini secara penuh di:
Sebahagian dari petikan artikel dalam The French Liberation newspaper yang membuat laporan terperinci mengenai kes pembunuhan Altantuya dan menyingkap dokumen-dokumen yang cuba dipadamkan oleh pihak-pihak tertentu. Doa kita, semoga keadilan akan diberikan kepada mendiang dan anak-anaknya. Ikuti rencana ini secara penuh di:
Subscribe to:
Posts (Atom)