Friday, October 31, 2008

Liberalisasi ada hadnya

dalam mengharungi suasana sosial dan politik baru, yang menerima realiti hak-hak semua kaum, bagi aku ada perkara2 yg harus diambil perhatian serius oleh pemimpin pakatan rakyat.

bila kita bersetuju utk membentuk pakatan, bukan bermaksud kita bersetuju utk semua perkara. bagi aku, asas utama pmbentukan pakatan, adalah utk mnjatuhkan kerajaan bn dan membela hak2 rakyat yg selama ini ditindas. bukan setuju utk semua perkara terutama hal2 yg melibatkan soal prinsip dan aqidah.

bila membaca komen2 dari org bukan Islam berkaitan agama kita, kdang2 aku bimbang jika sikap dan mentaliti ini diterima pakai sebagai sebahagian dari budaya baru Malaysia. orang bukan Islam bebas mengkritik apa sahaja soal agama Islam atas prinsip kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

lihat sahaja dalam isu fatwa ke atas budaya pengkid dan amalan senaman yoga. pndangan yg diberikan seolah2 mahu mengajar umat Islam tentang agama kita. mmg betul mereka boleh bersuara, tetapi perlu ada batasnya, kerana ini langsung tidak menyentuh ttg hak mereka.

disini peranan pemimpin pakatan utk menegur rakyat. mendidik dan memberi sedikit amaran bhawa dalam soal yg berkaitan agama, jangan samapai "kerana blog, bdan binasa". jagn kerana mahu dilihat bersikap liberal kita membiarkan sahaja.

benar..ini adalah sebahagian dri saham umno yg selama ini membiarkan rakyat jauh dari Islam, tetapi peranan pakatan, terutamanya PAS juga harus dipertingkatkan.

kita boleh sahaja bersetuju dalam hal politik, boleh satu suara dalam soal penindasan dan kezaliman, boleh berganding bahu membela rakyat..namun dalam soal agama, harus tidak ada kompromi!

No comments:

 
a>