Tuesday, April 8, 2008

2nd posting


Kalau dulu tepat 8.00 malam aku selalu terpacak di depan peti televisyen, walaupun bonda membebel tiada henti kerana pinggan nasi masih di meja. Belum omelan kakak-kakak aku sebab aku selalu curi tulang bila sampai giliran aku membasuh pinggan.Tujuan aku cuma satu, mendengar dan melihat berita pada hari itu.


Pada ketika itu kami tiada pilihan, yang ada cuma Berita RTM1, sebab siaran TV3 hanya sampai di tempat aku sekitar tahun 1995 ( yang disambut kedatangannya bak satu rahmat dari langit ). TV2 pula berita dalam bahasa mandarin yang kebetulannya aku tak paham sebab aku bugis tulen.Pada ketika itu aku bersangka semua berita di tv itu adalah benar. Semua kata menteri adalah sabda yang tidak mungkin khilaf. Apa sahaja dilapor berita, itulah kebenaran, itulah hakikat, tiada ruang atau lebih tepatnya belum terfikir untuk kritis. Dan paradigma dan budaya ini tertanam hampir disetiap kepala orang di tempat aku.



Namun lebih sepuluh tahun kemudian, kenapa aku merasakan berita di tv tidak seperti dulu. Kalau dulu aku ghairah , sekarang aku seperti mati pucuk, impoten dengan berita di tv. Kalau dulu ake berahi tapi sekarang aku seakan mahu termuntah bila mendengar berita di tv. Lebih-lebih lagi dengan berita RTM......arghhhh..itu bukan berita , itu omelan dan dongengan orang atasan yang merapu.Berita hari ini adalah sampah, mungkin lebih teruk dari sampah. Kerana sampah di Selangor ada harganya.


Tapi berita di tv hampir tiada nilai, tiada maruah, tiada intergriti. Yang ada hanya gambar dan suara yang memesongkan kebenaran dan mencanangkan fitnah secara terbuka dan langsung!!!.Malangnya kepala orang di Malaysia ini seharian dan semalaman diisi, disumbat dengan berita sampah ini. sehingga kepala itu penuh dengan sampah, berulat, busuk dan menjijikkan hingga tiada ruang untuk kebenaran menerjah kepesongan dan kezaliman yang bernanah dan berpekung dalam kehidupan mereka.



Penyakit takut menular tanpa ada ubat bisa mengubati, virus-virus ketakutan ini menjadikan kepala orang tidak berani untuk menegur, apatah lagi menukar pemimpin yang sudah maklum tentang jahilnya dan lebih bodohnya.semuanya adalah kerana berita sampah dilonggok setiap waktu dari peti kaca tv setiap kepala orang itu.


kalau sahaja peti Tv 29inch itu semurah 20sen, aku pasti akan aku musnahkan 10 peti setiap malam....

No comments:

 
a>