Thursday, July 24, 2008

Antara Zamboanga dan Sandakan...








dia punya ayah

dia juga masih punya ibu

apa yang tiada padanya

adalah sebuah negara

atau sekurang-kurang sekeping tanah

yang mengaku dia sebagai warganya



dia dilahirkan atas tanahair ini

malangnya oleh ibu yang datang secara haram

dari tanah seberang

dia bukan anak haram

dia punya ayah dan ibu yang bernikah secara sah

tapi kerana ayah ibunya pendatang haram

maka dia adalah seorang anak pendatang haram


suatu hari ibunya ditahan oleh penguasa

RELA yang memaksa

"semua pendatang haram harus dihantar pulang ke negara mereka

ini arahan dari putrajaya"

namun dia dan adik kecilnya yang baru belajar makan nasi

terlepas kerana baru pulang dari pasar

menjual "bahai" buat beli "putu"


dia mencari ibu dan bapa

lewat mata yang berkaca

ada orang berkata padanya

"mamak kau ditangkap pulis sudah,

bapamu lari"

adik kecil yang merengek lapar

antara rayuan meminta nasi dan susu dari tetek ibu...



dalam sendu dan air mata yang menyatu dengan hingus cair

si anak-anak kecil pendatang haram

pemimpin bertepuk sorak

kota kinabalu akan selamatkan putrajaya

walau beribu anak pendatang haram

menangis dalam kelaparan
antara zamboanga dan sandakan





 
a>