Friday, July 4, 2008

Anwar dan Najib

aku bukan mahu membela sesiapa, tapi yang perlu ditentang adalah penyebar fitnah yang menghambur keaiban sesama Muslim.


beberapa hari selepas anwar ibrahim dituduh meliwat seorang anak muda, kini timbul pula cerita najib razak meliwat seorang lagi anak muda, bezanya cuma jantina anak muda itu.


aku bukan mahu membela najib, tapi aku hairan, bila seorang anak muda membawa cerita yang dia diliwat anwar, semua orang mengatakan bahawa itu fitnah, anwar mangsa kezaliman dan tuduhan itu rubbish serta berunsur politik jahat kerana pemuda itu tidak membawa bukti, seperti katil bersamanya utk menyokong aligasinya.


namun bila ada yg membuat perakuan bersumpah bahawa najib itu juga seorang peliwat, maka segeralah mereka yang bercakap soal fitnah dan sangkaan jahat itu menerima dan melabel bahawa najib memamg bersalah dan memang sahih seorang yang tidak bermoral lagi kuat meliwat.


saya menyeru, saudara seagamaku, untuk memberikan keadilan kepada kedua-duanya, tanpa mengira latar politik mereka atau apa jawatan mereka. janganlah kita berlaku zalim kepada seseorang semata-mata kerana kita tidak separti dengan mereka.


Bacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)


 
a>