Monday, September 15, 2008

Ana bukan ustaz

setiap kali orang jumpa aku buat kali yang pertama, especially budak2 junior jemaah UKM, first impression dorang aku dah dapat agak.

" ni ust. Haris ke ni?" muka blur, takut pun ada aku tengok, mcam tak percaya.
' ah ha, ana lah, enta ke yang call ana tadi?" sebab aku dah biasa jumpa riak muka macam tu, aku dah tak ambik port.

Bagi sesetengah orang, apabila berada dalam gerakan Islam, imejnya mestilah seorang ustaz, maksud aku berjubah, berkopiah atau sekurang-kurang berbaju 'raihan', dan aku memang bukan spesies macam tu. Bukan kerana aku ada sentimen terhadap cara pemakaian seperti itu, aku amat mencintai sahabat2 yang punyai kekuatan untuk menghidupkan sunnah.

namun aku lebih selesa memakai jeans dan t-shirt (hitam dan putih warna feveret aku) kalau tiada keadaan yang memaksa aku mengikuti formaliti. lebih selesa, santai dan paling penting dapat menutupi bahagian2 yang berlemak. selagi mana aurat tertutup sempurna, aku tidak pernah 'cerewet' dalam soal berpakaian. kadang2 kerana imej aku, aku sering disyaki dan 'dimatai-matai' seperti SB.

sebagai seorang yang membawa Islam, aku percaya Islam itu perlu 'didagangkan" dalam pakej yang mudah diterima oleh "pembeli". tiada gunanya kalau keindahan Islam itu terbungkus dalam jubah-jubah tebal kalau sekiranya tidak mampu menarik orang kepada tuhan.

1 comment:

Laxmana said...

Salam...

Kita sama bro... cuma tak serupa...

Juga sering diragui sebagai SB dalam jemaah. seringkali pula ia membuahkan rasa tak selesa... hmm...

Apapun, saya sangat setuju dgn konsep "dagang" yang bro maksudkan...

Kita sama bro, bukan golongan Asatizah...

p/s : my emel is laxmana147@yahoo.com.my

 
a>