Wednesday, September 17, 2008

Kasihannya Melayu

Kasihannya melayu
1511-dilanggar portugis tanah melaka
raja melayu dihalau bermukim di johor lama
datang pula belanda,
melayu dijajah sebelum merdeka
bila roboh kotanya melaka
membawa lari papan ke jawa
bukan kerana melayu tidak perkasa
tapi agama dan jiwa telah terpisah

kasihannya melayu
terjajah ratusan tahun lamanya
inggeris, jepun dan bintang tiga
mengkerkah sesukanya
apabila agama dan jiwa telah terpisah
silat dan jampi sumbang segala
keris dipinggang dihunus tiada

kasihannya melayu
setelah hamba kembali merdeka
sayangnya tanah pusaka dikongsi pula
bukan diminta bukan dipaksa
diberi tanda budi bahasa
cina dan india duduklah sudah
bila agama dan jiwa telah terpisah
tamu pula bertuan rumah

kasihannya melayu
diperintah oleh sebangsa
tapi melayu merempat merata-rata
hapus jawi tandanya bangsa
yang tinggal cuma bahasa
tapi diajar di sekolah pondok sahaja
tidak bicara bahasa penjajah
tidaklah standard orang malaysia adanya

kasihannya melayu
bila marah mula pecah
sebangsa yang membodoh dan haram jadah
dicampak ke tong sampah tempat selayaknya
ini negara malaysia katanya
harus dikongsi bersama semua bangsa
tapi sendiri selalu bertanya
kenapa kita memberi sahaja
bila pula hendak menerima?

kasihannya melayu
ramai sahaja tidak berguna
menjadi pengikut, pengangguk setia
kerana mahu sama rata
tergadai bangsa, tercabar agama

kasihan..kasihan sungguh melayu
bukan kerana salah siapa
tapi mereka mencari bala
al-quran dan as-sunnah dipakai tiada
maka terpisah jiwa dan agama


Taman Song Choon, Ipoh
17 ramadhan 1429 Hijrah
8.22 pagi

1 comment:

Laxmana said...

Salam bang...

MY QUOTE OF THE DAY :
"Hal yang terbaik adalah tidak merasa takut akan apapun, kerana kita adalah DUTA DARI KEBENARAN, dan segala hal yang palsu (maya) pasti hilang cepat atau lambat. Itulah semua yang harus anda percayai" -peace-

 
a>