Friday, September 12, 2008

Take five

Sebagai seorang ahli parti Islam Semalaysia, aku tidak pernah lupa jasa parti kepada aku. dalam jemaah ini aku kembali mengenal diri aku dan tujuan aku dihidupkan. bukan hanya untuk berseronok, enjoy, sepanjang masa, tetapi yang palin penting bagaimana utk aku menyediakan bekalan untuk di sana.

sebagai seorang ahli jemaah, aku ditarbiyyah dengan kefahaman tentang Islam dan adab dalam jemaah. Thiqah, wala', kerahsiaan dan segalanya. aku akur, walaupun aku akui aku agak 'celupar' kadang2, tapi bila keputusan telah dibuat, aku akan pastikan ia dilaksanakan walaupun aku tidak bersetuju. kerana aku akur yg membuat keputusan itu adalah pimpinan yg jauh ariff dan layak dari aku.

walaubagaimanapun dalam keadaan sekarang, aku betul2 keliru, x faham, atau fed-up. aku tak tahu apa sebenarnya hala tuju jemaah. aku x nampak ada kata sepakat dari pimpinan. kekal bersama PR, pulihkan hubungan dengan umno atau mahu berdiri sendiri?

ditambah dengan sikap sesetengah pimpinan dan orang yang mengaku sebagai ahli seumur hidup pas, namun adab serta akhlaknya menegur itu seolah-olah tidak layak menagku sebagai ahli jemaah. memang aku bersetuju dengan fakta2 mereka, namun bahasa yang digunakan bagi aku agak kurang ajar.

kadang2 aku terfikir, dalam kalut2 begini, perlukah aku berehat sebentar?

1 comment:

Laxmana said...

Salam abangku Haris...

Bukan abang seorang yang berasakan begitu, malah ramai lagi...

Memang benar seperti yang abang katakan tu... Dalam jemaah kita ini, itulah kelebihannya. Walau bagaimanapun tidak setujunya kita dengan sesuatu keputusan, kalau itu datangnya drpd musyawwarah ataupun atas keputusan para pimpinan serta ulama', maka secara automatiknya kita akan akur dan turut mengerjakan apa yang patut...

Namun seperti abang kata, akhir2 ini ramai yang keliru...

Inilah yang dinamakan al-futur...

Yang pentingnya sekarang, kita tidak boleh cepat melatah dan kena berani menyuarakan secara langsung kepada pimpinan... dan pimpinan kena jawab...

Cuba abang baca artikel kak Athirah yang bertajuk "Kemuncup Dalam Perjuangan"...

 
a>