KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kelmarin berkata kerajaan akan memastikan hak rakyat tempatan terus dihormati dan dipertahankan.
“Daripada segi hak, (kita) tidak kompromi…kalau ada kelemahan, kita akan atasi masalah ini tapi mestilah melalui cara-cara baik, supaya (isu) tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kaca Asean ke-32 di sini kelmarin.
Beliau diminta mengulas mengenai gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok supaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sabah dirombak ekoran isu penurunan taraf kewarganegaraan seorang penduduk tempatan, Yong Lee Hua, 78, kepada pemastautin tetap.
Wanita itu telah diberi status pemastautin tetap apabila kad pengenalannya hilang tahun lepas dan apabila kesnya dibangkitkan, ramai wakil rakyat tempatan telah membantah tindakan JPN itu.
Sebuah akhbar kelmarin melaporkan bahawa pemberian MyKad berwarna biru kepada Yong pada 1996 merupakan satu kesilapan semasa JPN membuat penggantian daripada kad pengenalan plastik.
Kad pengenalan plastik dikeluarkan pada tahun 1973, justeru, itu hanya melayakkan Yong dengan status PR, dan menurut JPN lagi, ia tidak pernah mendapat permohonan kewarganegaraan daripada Yong.
Musa berkata punca sebenar isu itu perlu dikenal pasti dan ia tidak seharusnya terus dibincangkan menerusi media kerana ada pihak akan mengeksploitasinya untuk kepentingan politik.
“Jika ia berpunca daripada masalah pentadbiran atau kelemahan seperti ketidakcekapan perkhidmatan JPN, ia perlu diatasi dengan segera,” katanya.
Mengenai desakan MCA supaya pengerusinya di Sabah, Datuk Edward Khoo dilantik Timbalan Ketua Menteri menggantikan Datuk Raymond Tan, beliau berkata Tan masih memegang jawatan itu.
“Kalau ada pertukaran, kita akan beri makluman, tak payahlah spekulasi-spekulasi,” katanya.
Tan dilantik ke jawatan itu semasa menjadi Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) tetapi SAPP baru-baru ini bertindak keluar daripada BN dan Tan pula telah meninggalkan parti itu.
Gopeng said- Musa buat-buat lupa siapa yang merampas tanah pusaka penduduk tempatan pedalaman. sekarang baru nak cakap soal hak? apa hak rakyat sabah yang tidak digadaikan oleh BN sabah?
Thursday, October 9, 2008
pertahan hak rakyat sabah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment