Thursday, January 29, 2009

Anak Sabah dianiaya



kalau anak kallolo bukan calabai, aku cabar anak2 bugis dan anak sabah keseluruhannya, kita ajar mereka yang kurang ajar pada saudara kita. ingat..pada idi, pada elo, sipatuo sipatokkong..pessena anak boroneta, pesse kita juga


Ustaz Romlang Porigi yang bertugas di Masjid Negara, terkenal satu masa dulu kerana menjadi saksi sumpah Qur'an dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Petang ini, saya berpeluang bercakap talipon dengan beliau. Benar, beliau telah menerima satu surat pertuduhan mengandungi empat dakwaan ke atas beliau. Antara lain, kerana naik atas pentas pembangkang menjelaskan penglibatan beliau dalam sumpah itu. Sefaham saya, tidak ada dalam pertuduhan itu yang menyebut kenyataan Ustaz Ramlang dalam isu sumpah adalah tidak benar.


Penjelasan Ustaz Ramlang tidak memuaskan pihak atasan. Beliau telah pun menerima surat pemecatan. Kini, Ustaz Ramlang akan merayu.


Benar. Ustaz Ramlang telah muncul di pentas pembangkang dalam masa kempen. Tetapi kemunculan beliau ialah untuk menyatakan kebenaran dalam isu yang penting itu dalam masa kritikal. Itu memang suruhan Islam. Berkata benar terutama dalam soal kesaksian, walaupun pahit dan mengundang risiko.


Pegawai seperti ini patut diberi pertimbangan berbeza. Kecuali beliau memfitnah, berbohong atau memutarbelitkan fakta.


Melibatkan beliau tanpa kesedaran secara mendalam terhadap duduk perkara acara 'sumpah' itulah yang telah menyusahkan beliau. Kerana itu, beliau harus dilindungi, bukan didera dengan pemecatan seperti itu. Kecuali, Kerajaan BN marah tembelang konspirasi mereka terbongkar dan bertindak melepaskan geram lantaran konspirasi itu dibongkarkan Ustaz Ramlang.


Itu kejam.


Ternyata, Ustaz Ramlang berani, jujur dan menjunjung kebenaran tanpa menghiraukan risiko.

-Weblog Husam Musa

Tambahan : Ustaz Ramlang Porigi adalah berasal dari Sandakan Sabah.

No comments:

 
a>