Monday, February 23, 2009

Selamatkan Aqidah Saudara kita

Hari ni aku taknak cakap pasal umat Islam di Iraq, palestina atau di mana juga. hari ini aku mahu kita merenung dan menginsafi bahawa di negara kita juga, umat Islam sedang diperangi.

Pada sekitar tahun 70-an, di zaman pemerintahan United Sabah National Organization (USNO), proses pengislaman penduduk Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman giat dijalankan oleh kerajaan negeri dan United Sabah Islamic Association (USIA). Natijahnya Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi negeri Sabah hasil kemasukan ratusan ribu penduduk Sabah.

Walaubagaimanapun, proses pengislaman ini tidak disusuli dengan langkah pemurnian aqidah. Hasilnya sebahagian besar dari mereka kembali ke agama asal mereka. sebahagian yang lain memilih kristian sebagai agama baru hasil dari dakyah kristianisasi yang hebat di kawasan pedalaman. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, tidak silap saya pada tahun 2001, dianggarkan 70 ribu penduduk Sabah dilaporkan keluar dari agama Islam.

Proses kristianisasi ini terus berlangsung tanpa sebarang usaha serius dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat bagi mempertahankan aqidah umat Islam di Sabah yang semakin terhakis. Walaupun usaha-usaha dari Parti Islam Semalaysia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berterusan, namun kekangan dari segi kewangan dan tenaga kerja menjadi penghalang utama.

Oleh yang demikian, aku menyeru sahabat-sahabat untuk memberi perhatian kepada krisis aqidah yang melanda saudara-saudara kita di Sabah. dalam pada masa kita menangisi kematian saudara kita palestina, jangan sampai kita membutakan mata tentang peperangan aqidah yang berlaku di negara kita sendiri.

Sila layari blog http://nurilhakim.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut. sekali lagi saya merayu dan memohon keperihatinan dari sahabat-sahabat untuk membantu mempertahankan aqidah saudara-saudara kita di Sabah.Buat permulaan sama-sama kita letakkan banner yg terdapat di blog nurilhakim di blog masing-masing.

2 comments:

kue bangke said...

Sabah bumi yang jauh dari KAmera TV..Berita HAria..Utusan Melayu..n akbar2 perdana..

Syukurlah mereka yang ada terdetik 'rasa sayang' dengan bumi sendiri.

gopenghagen said...

terima ksih kue bangke,
sedap nama saudara, teringt pada kue bangke bila dimakan bersama kopi O.
saya percaya, anak muda sabah sentiasa memberi perhatian pada negeri ini. walau terpksa merantau jauh mncari rezeki, nmun rindu dihati siapa yg tahu.

 
a>