Thursday, October 23, 2008

Anak Muda, Masa Depan Islam di Sabah

Islam di Sabah tidaklah menjadi sebahagian dari elemen tunjang dalam masyarakat dan kehidupan seharian mereka. Tidak seperti di semenanjung, Islam itu telah mengakar lama dalam sosial kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh kedatangan Islam yang jauh lebih awal di semenanjung berbanding Sabah menjadi faktor utama kepada senario ini.

Namun secara perlahan Islam mula 'diagamai' bukan setakat sebagai panduan ibadah ritual, tetapi menjadi panduan kepada perjalanan hidup terutama di kalangan anak-anak muda khususnya yang terdedah kepada dakwah Islam di pusat-pusat pengajian tinggi.

oleh itu, masa depan agama harus diambil tanggungjawab oleh anak-anak muda Sabah, untuk mengembalikan masyarakat kepada fitrah bertuhan. Agama harus diletakkan sebagai asas dalam pembinaan masyarakat yang sudah sekian lama disesatkan dengan berhala kehidupan dan politik pembangunan semata.

Tanggungjawab dan amanah ini harus dipikul bersama oleh anak-anak muda sabah. Kalau bukan kita , siapa lagi?

No comments:

 
a>