Namun sesungguhnya kasih Allah kepada hambanya sungguh besar. Dari menjadi pujaan jutaan peminat dengan imej rockers kapak, abg . Amy la ni dah bertukar. Siapa sangka abg. Amy sekarang dah boleh memakai jubah. Isteri abg. Amy juga sekarang sudah bertudung litup.... walaupun selepas ni abg. Amy tidak menjadi "rockeras" lagi, aku tetap meminatinya...peeewwwitttt!!
ii)
bercakap soal pakaian dan imej ni, semalam aku lepas ngan sorang polis lepas solat isya' kat surau taman aku.
Kebetulan abg polis ni 2 hari lepas bertugas menjaga pintu rumah MB Perak. Dia pun citerlah macam mana MB teman ni layan anggota polis kat situ. Pada hari pertama masuk rumah tu, sebelum maghrib, MB ni datanglah pi pondok pengawal.
" Boleh masuk tak cik? " tanya MB perak pada polis tu.
" Masuklah encik..encik ni dari mana?watpa kat sini? " Tanya polis tu, sebab heran ada plak Pak aji duk pakai kain pelekat ngan baju pagoda kat rumah MB ni.
" Dari rumahlah, saje jalan-jalan " jawab MB.
" Rumah kat mana?" Tanya polis tu lagi.
" Dekat je..tu.." sambil MB tunjuk kat rumah rasmi MB.
Punyerlah terkejut badak polis tu, nasib baik x sempat nak kutuk-kutuk. Dia punyalah respek kat MB perak ni, xdak meninggi diri langsung, cakap macam abang ngan adik je. Pas maghrib tu plak, anak MB datang bagi nasik kat dorang.
Syukur alhamdulillah..dapat menumpang kasih di bumi Perak ni..