Saturday, April 12, 2008

babi a.k.a khinzir

Babi oh babi..Opss aku lupa..Sebagai melayu aku kena panggil kau khinzir
Lebih Arabic dan hadhari bunyinya..

Khinzir ohh khinzir…Untungnya kau menjadi binatang itu. Sebab apa kau tanya?? Tahukah kau khinzir dalam negerimu itu, ada puluhan ribu orang seperti aku berbumbungkan atap zink berkarat, yang pada waktu bulan mengambang kami tidak perlu pasang lampu (pelita?) kerana cahaya itu sudah cukup buat anak-anak kami menelaah buku dan mengaji..mungkin suatu masa nanti akan jadi YB atau menteri...well..we dont know..but hopefully lah..

Khinzir oo khinzir..di kiri, kanan malah diatas rumah kami ada kabel-kabel elektrik yang mengalirkan ribuan kilowatt tenaga termasuk ke rumahmu, tapi dalam di rumah kami tiada api apalagi astro..tapi jangan kau sangka kami tak kenal Mawi atau Milah AF ya... kami belum menemui cara untuk menyalurkan tenaga itu ke rumah kami secara haram sepertimana kami menggunakan air free selama ini. Kau mungkin dapat 20meter pada air percuma di negerimu, kami guna setasik pun tak kena charge..

Tahukah kau khinzir, kalau kau mahu mengskodeng anak dara atau bini orang tanpa perlu kau tercari-cari lubang hendak meletakkan mata durjanamu itu, datanglah ke kampung kami, kami ada rumah yang lubangnya seribu.

khinzir oo khinzir.. glamour betul kau sekarang . Isumu sudah menjadi agenda nasional dan bangsa. Namamu disebut orang tidak sekerap najis-najis lain. Siapa nama reporter yang datang jumpa kau tu?? Tenggelam Singh? ya dia..dia..kalau dia datang jumpa kau lagi, kau tolonglah kabor kat dia, kami yang duduk kat tanah haram ni pun nak masuk TV..

Tahukah kau khinzir , walaupun engkau itu binatang haram, tapi kau tidak duduk di tanah haram?? Walaupun kami anak halal khinzir…kami masih mewarisi tanah haram ini dari mak bapak kami yang dijanjikan tanah ini akan ‘dihalalkan’ selepas 50 tahun orang putih yang haram itu blah…tidakkah itu menjadikan aku penduduk haram di negara halal lagi hadhari ini?

Rupanya kita berdua haram khinzir..bezanya harammu jelas..kau najis mughallazah..!!

( entry ini tidak ada kena mengena dengan khinzir atau setinggan di selangor )

 
a>