Friday, April 11, 2008

(i)


pada hujan pagi di Kuala Lumpur
aku berpesan akan rinduku
pada kota yang pernah menjadi guru
yang mengajar tentang erti sebuah hidup
pada erti pahala dan dosa dalam simpang siur lorong-lorongnya
pada sebuah erti hidup dewasa dalam kesesakannya
pernah aku hampir lemas didalam selut lumpurnya
aku hampir sesat dalam ribuan bangunan bisu
keseorangan dalam jutaan manusia
lalu aku berkata pada guru
aku tidak mahu menjadi muridmu lagi
biarlah sekolahanku disini sahaja
aku lebih rela menjadi orang biasa
dari menjadi graduan kuala lumpur...

 
a>