Wednesday, May 21, 2008

Bahasa Sabah

1. Ampus = lelah, termengah-mengah, tercungap-cungap

contoh ayat : "Uiiii..ampus bah aku naik ini tangga, ndak jugaaa sampai-sampai..."

2. Bubut = kejar

contoh ayat : Pihak polis gagal membubut pencuri itu, setelah dia melarikan diri menaiki van-van Batu Sapi.

3. Limpas = Lalu, tumpang lalu

Contoh ayat : " Aku mau minta limpas, bukan minta lipas, palui!!!" Kata Albert memarahi Abdullah yang tak faham-faham bahasa itu.

4. Palui = Bodoh, bengap, lembab

Contoh ayat : " Sudahlah durang ni palui, keras kepala pulak tu, malaslah aku main sama kamu" kata mahathir lalu meninggalkan parti birthday Lah dan Jib.

5. Buyuk = Bohong , tipu,

Contoh ayat : Para Ahli Parlimen dari Sabah, diminta tidak lagi membuyuk rakyat dengan purak-purak mahu lompat parti, jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

 
a>