Thursday, May 29, 2008

Bicara Politik

Aku tak dapat nak sembunyikan rasa kecewa aku dengan kemasukan Ezam kedalam umno. aku akui Ezam banyak mempengaruhi worldview aku tentang politik. malahan lunak dan tegas pidatonya walau tidak sehebat orator soekarno masih bisa membuat bulu roma merinding tatkala suaranya mendesing di gegendang telinga.


Aku tak nak komen pasal niatnya kembali kedalam umno, biarlah dia dan tuhannya sahaja yang tahu. Aku juga tidak mahu mencaci, menganjing atau membabi ezam kerana dia kembali kedalam parti yang pernah menghumbannya ke penjara besi dan terpaksa merengkok di dalam penjara hanya kerana dia mengaku mempunyai bukti tentang kebobrokan pemerintah. dia punya alasan peribadi, kalaupun aku tak setuju dengan tindakannya, aku masih menghormati beliau sebagai bekas mentor.


Cuma aku punya satu teori, dan ini pandangan peribadi aku dan tidak sesekali mewakili mana-mana parti politik. terpulanglah , nak terima atau tidak, kita punya pandangan masing-masing.


Ezam sering menyatakan bahawa dia tidak memusuhi umno, tidak juga memusuhi akar umbi dan ahli-ahli biasa umno, apa yang beliau perjuangkan adalah soal rasuah, salahguna kuasa, kezaliman oleh pemimpin-pemimpin umno. Dan apabila dari pandangan beliau dasar-dasar umno yang diperanginya itu sudah dihapuskan dalam umno, apa salah dia kembali dan menjadi ahli seumur hidup?

Ezam juga pernah menyatakan , bahawa kalau harga untuk membebaskan DSAI adalah untuk beliau kembali ke dalam umno, dia sedia untuk membayarnya. dan beliau mengotakan janjinya hari ini. juga beliaulah yang menjadi jambatan penghubung antara DSAI dan Khairy Jamaluddin selepas DSAI dibebaskan.


Bagi aku kesetiaan ezam kepada DSAI tidak pernah berbelah bagi, beliau akan melakukan apa sahaja untuk pak syeikh. perancangan dibuat untuk ezam keluar dari PKR tanpa penuh wasangka. beliau mengundur diri atas alasan ingin memberi tumpuan pada NGO GERAK , dan ada yang menyatakan bahawa beliau kecewa selepas DSAI lebih memanjakan Azmin dari beliau.


Kemasukan ezam hanya selepas seminggu keluarnya mahathir dalam umno mungkin cuma kebetulan atau juga merupakan saat yang ditunggu oleh sesetengah pihak. selain memperkuat kem Abdullah yang ramai pemainnya injured ditambah oleh senior player yang kerap kali semput, kemasukan ezam adalah jambatan penghubung antara DSAI dan abdullah.


DSAI dipecat dari UMNO dizaman mahathir, semua orang tahu. tapi hari ini hampir semua menteri-menteri dari zaman itu telah dipinggirkan oleh abdullah dan digantikan dengan muka baru yang berkiblatkan beliau atau musuh-musuh lama mahathir yang masih menaruh dendam dan boleh membantunya menyerang orang tua itu. kekalahan dalam PRU-12 merupakan bencana kepada abdullah, beliau tahu dia sudah terlalu lemah, menantu yang diharapkan memberi bantuan CPR kepadanya juga, rupanya sudah nyawa-nyawa ayam. pembantu dan menteri kanan tidak boleh dipercayai.

abdullah perlukan seseorang untuk mempertahankannya, atau paling utama untuk membawanya keluar dengan selamat dari putrajaya. kebusukan yang dilakukan selama pemerintahannya harus disembunyikan dan beliau perlukan seseorang untuk menjalankan misi itu.


Pilihan yang tinggal adalah membawa DSAI kembali kedalam umno. hanya DSAI yang akan mempertahankan beliau dari terus diserang oleh Tun M. DSAI jugalah satu-satunya insan yang boleh memandulkan kem najib dan muhyiddin. DSAI masih punya ramai pemuja dan pemuji di dalam umno. Lagipun DSAI tidak pernah memusuhi umno, tidak pernah memusuhi akar umbi, yang ditentang adalah soal rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemimpin umno.


Apa salah DSAI masuk umno, mereka cuma bercerai hidup, bukannya bercerai mati. Kalau ikutkan undang-undang syariat yang terpakai di negara ini, kalau lafaz cerai itu talak 3 pun , ia masih dianggap sebagai talak satu. masih boleh bernikah semula, tanpa perlu 'cina buta'.


DSAI perlu berada di dalam umno, perlu untuk mempastikan umno terus hidup. DSAI bukanlah orang yang maksum dan tidak perlu diharapkan sangat kepimpinannya. Ia pernah membelakangi PAS dan memilih untuk menjadi pengikut mahathir. tidak ada jaminan dia akan berbuat yang sama pada PAS yang dilihat bukanlah teman yang boleh membawanya ke putrajaya.


dalam firasat aku, abdullah akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini. dan kemudian DSAI akan mengisytiharkan kemasukannya semula ke dalam umno. tidak perlu ada pilihanraya kecil untuk membada DSAI kembali ke parlimen, PRU ke-13 akan kembali meletakkan DSAI ke jawatan yang diidamkannya selama ini.

pada masa itu apa akan jadi Pakatan Rakyat? pukulan TKO ini akan menumbangkan parti-parti PR. PKR akan berkubur dan karam tanpa nahkhodanya, yang sempat lompat ke bahtera BN, akan melompat walaupun terpaksa menjadi pencacai dan penjilat. DAP akan kehilangan undi orang cina. orang cina tidak akan punya keberanian untuk mengundi DAP lagi. keberanian selama ini banyak dipengaruhi oleh DSAI yang berada dipihak mereka. mereka tidak akan memperjudikan nasib mereka dan juga membahayakan keselaman mereka dengan berada di pihak pembangkang. peristiwa 13 mei sudah cukup hitam untuk diingati.

bagaimana pula dengan PAS? apa akan jadi pada PAS? PAS selama ini dilihat sebagai sebuah parti yang hanya menumpang populariti rakan-rakannya. kita mungkin tidak akan melihat ahli-ahli PAS melompat ke dalam parti lain. namun sekiranya PAS tidak mengambil preemptive action, bala ini juga akan dirasai oleh PAS. PAS harus mengambil langkah untuk mempastikan bahawa agenda PAS untuk semua benar-benar meyakinkan rakyat tanpa mengira latar agama dan bangsa untuk menjadikan PAS parti pilihan mereka. Tapi sekiranya PAS terus melayari politik tanahair dengan bermodalkan sentimen dan isu semasa, PAS akan menjadi parti picisan dan mengharapkan tokoh lain datang dan memberikan mereka kekuatan. kali ini siapa? mahathir mungkin...


kembali kepada persoalan kemasukan semula DSAI ke dalam umno. abdullah sudah pasti menyiapkan cukup peluru untuk mempastikan konco-konco najib dan muhyiddin serta hishamuddin tidak boleh bersuara. keputusan kes-kes di mahkamah berada dalam genggaman abdullah, bersuara untuk menentang bererti menempah tempat di penjara sg. buloh.


dalam keadaan tiadanya orang mahathir di dalam umno, dasar umno yang kononnya memerangi rasuah, konco-konco Tun M yang hilang taring, saat populariti DSAI masih tinggi, saat abdullah dalam kesesakan dengan isu-isu sempadan, penimbunan harta oleh anak pinak, kenaikan harga minyak, inilah masa DSAI untuk kembali membantu dan berjuang bersama-sama orang yang tertindas.


dalam masa terdekat ini, kita akan lihat jalan ke Putrajaya akan terbentang untuk DSAI....

 
a>