Sabah Tanahairku merupakan lagu rasmi negeri Sabah, kali terakhir aku menyanyikan lagu ini secara beramai-ramai ketika aku di bangku sekolah. Masa tu aku pengawas , so kenalah nyanyi dengan penuh skema. Sejak itu aku jarang mendengar lagu ini dan juga sudah lupa-lupa ingat liriknya. Namun rangkap terakhir di dalam lagu ini " sabah negeri merdeka " membawa seribu pengertian bagi aku.
Apakah negeri ini benar-benar merdeka? kalau merdeka, merdeka dari segi apa? apakah erti kemerdekaan itu hanya sekadar kita bebas untuk melaungkan perkataan merdeka di malam 31 ogos? atau kemerdekaan itu kerana kita tidak lagi dijajah oleh kuasa barat? atau kita merdeka kerana kita bebas mengundi walaupun tidak berapa bebas untuk memilih?
Yang aku pasti negeriku ini belum merdeka dari kemiskinan dan kemunduran walaupun setelah 45 tahun "dimerdekakan" oleh Malaya. Penjajahan terus berlangsung dalam bentuk kongkongan idealisme dalam penjara maklumat tanpa jeriji-jeriji besi. Aku dulu pernah berbangga rakyat negeriku berani untuk menongkah arus untuk tidak bersama dengan parti persekutuan. Ketika itu rakyat negeriku meletakkan persoalan maruah sebagai anak Sabah melepasi kepentingan wang dan kedudukan. Namun dekad-dekad kebelakangan ini semangat itu semakin surut bersama surutnya simpanan minyak yang dihirup oleh 'orang luar' yang mengaku sahabat dan saudara.
Kemiskinan ekonomi
Dalam membicarakan persoalan berkaitan dengan pembangunan sosial aku mengambil pembangunan di semenanjung sebagai kayu ukur kerana dua wilayah ini hanya dipisahkan lebih kurang 6 tahun umur kemerdekaannya.
Walaupun merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli seperti minyak petroleum dan sarang burung, hasil pertanian seperti kelapa sawit dan koko, lokasi pelancongan yang pelbagai dari gunung yang tersrgam indah ke pulau-pulau yang memikat dan mempesona, kesuburan jutaan hektar tanah, sabah masih merupakan antara negeri yang termiskin di negara ini!!.
Aku sering bertanya kemana kekayaan negeriku ini sebenarnya? kenapa ketika Allah merahmati bumi ini dengan kekayaan ada rakyatnya yang terus merempat dan berada dalam kemiskinan yang kedana? merempat dalam rumah-rumah kayu hampir roboh diatas tanah leluhur mereka? kalau benar negeri ini sudah 46 tahun merdeka kenapa perlu ada lagi kemiskinan yang kedana seperti ini didalam sebuah negeri yang kaya? Tiadakah pembelaan bagi mereka ini? atau pembelaan dan rahmat itu hanya turun menjelang pilihanraya.
secara am dinegeriku ini adalah 23% dari jumlah penduduknya berbanding dengan kadar kemiskinan kebangsaan sebanyak 5.7%. Ini bermaksud dari 4 penduduk sabah , seorang akan berada dalam kepompong kemiskinan!!. Kadar kemiskinan tegar pula ada 6.5% berbanding dengan kadar kemiskinan tegar kebangsaan yang hanya 1.2%.
Di sabah juga anda akan mendapati ada pekerja yang dibayar gaji dibawah RM250 sebulan dan kadar pengangguran adalah sekitar 5.7%. Tidak hairan jika anda akan melihat anak-anak seawal usia 10 tahun bekerja di restoran-restoran bukan Islam yang meghidangkan makanan tidak halal demi mendapatkan sesuap nasi.
Pekerja-pekerja ladang dibayar gaji hari dalam kadar RM4-8 sehari yang sudah pastinya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian. Mungkin ada yang menyatakan bahwa mereka ini bukanlah penduduk asal sabah , namun apakah kita merelakan perhambaan moden dan kemiskinan tegar berlubuk ditanahair kita?
Aku akan sambung cerita aku pasal negeriku ini di entry yang lain
salam