secara kebetulan atau tidak, tapi ia memang menarik. Hari ini buat kali pertamanya aku berbangga dengan keberanian ahli-ahli parlimen dari Sabah mengutarakan persoalan kemunduran negeri sabah di hari yg sama aku postkan entry aku mengenai kemiskinan di sabah di blog ni.
Walaupun dari segi idealogi politik aku tidak bersama mereka, namun untuk bicara soal sabah, kami sebahasa. dipimpin oleh ahli parlimen Kimanis, iaitu salah seorang dari timbalan menteri yang meletak jawatan, ahli-ahli parlimen dari Sabah bangkit seorang demi seorang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pembahagian kekayaan negara kepada negeri sabah.
ada sedikit unsur ugutan yang terselit dalam nada mereka apabila menyatakan bahawa mereka sanggup untuk berpindah ke rumah teres dari terus duduk di rumah banglo tapi terpaksa tidur ditepi tandas. mereka juga menyatakan bahawa tidak ada gunanya kepentingan kepartian diletak kehadapan ketika maruah dan harga diri rakyat sabah diinjak-injak oleh pemimpin negara. Syabas ahli parlimen sabah..aku cuma mengharapkan you all walk your talk...