Friday, May 9, 2008

MURTAD SUDAH BOLEH DI MALAYSIA

Benci, marah, tidak percaya..perasaan itu bercampur baur dalam dada aku sejak semalam. Kenapa dalam hirup pikuk tentang Islam, sama ada yang hadhari atau tidak , seorang rakyat Malaysia telah dibenarkan keluar dari Islam oleh Mahkamah Syariah sendiri??kenapa??
Mana dia maruah Islam disebuah negara yang dilabel sebagai negara Islam contoh? mana dia pemimpin-pemimpin yang kononnya membela Islam? yang bermati-matian bercakap soal babi tapi bila ada yang murtad kenapa diam membisu?
kenapa media yang berbahasa Melayu seolah-olah hilang taring dalam isu ini? sedangkan media-media berbahasa lain mendedangkannya seumpama satu kemenangan besar bagi mereka? mana dia parti melayu yang diam seribu yang selama ini menghunus keris kononnya mempertahankan maruah agama dan bangsa?
kenapa tiada langsung riak dikala masa depan agama sedang digadai?orang melayu Islam masih sibuk bersembang tentang artis2 AF, siapa hebat MU atau Chelsea, bila pop shuvit nak tour dengan my chemical romance? sedangkan satu precedent case untuk membenarkan orang Islam keluar dari agamanya sudah dicipta semalam. Apatah lagi ia dibuat sendiri oleh Mahkamah Syariah yang sepatutnya menjaga syariat Islam dari dilanggari?
BUkan aku berniat mahu menimbulkan perasaan marah atau benci..tapi aku menagih rasa pilu dari lubuk hati orang Islam...mana sudah rasa sayangmu pada Islam saudaraku? mana dia syahadahmu untuk menidakkan tuhan lain selain Allah? apa akan kamu jawab dihadapan tuhanmu jika ditanya pertanggungjwabanmu nanti? apakah kamu sedar mungkin satu masa nanti anak cucumu akan menggunakan keputusan mahkamah ini sebagai pass untuk keluar dari agamamu?
saudara-saudaraku..sekali lagi aku menagih rasa sedarmu.....

 
a>