Tuesday, September 9, 2008

Malaysia in auto-pilot mode?

Kalau sesiapa yang tak tahu pasal penerbangan mesti terbayang dalam pemikiran yang pandu kapal terbang ni macam pandu kereta. driver kena pegang steering, tekan brek, masuk gear, perbetulkan cermin sisi, baru kapal terbang tu boleh jalan. sebenarnya apabila kapal terbang dah stabil kat udara, pilot akan menetapkan laluan perjalanan melalui sistem navigasi dan kapal terbang tu akan melalui laluan yang telah ditetapkan. pastu pilot boleh pergi minum kopi ke, buang air ke, nak tackle awek pramugari pun masa tu la.

tapi dalam pemerintahan sesebuah negara, pemimpinnya perlu sepanjang masa mentadbir dan menentukan halatuju negara dalam semua isu. malangnya itu tidak perlu dalam zaman Pak Lah. berbeza dengan zaman mahathir dulu, rakyat dapat merasakan bahawa beliau menguasai setiap isu dari yang kecil sampailah ke yang besar-besar. di zaman pak lah banyak isu-isu yang dilontarkan kepada beliau dijawab dengan tak tahu, saya kan siasat, saya akan lihat dulu, saya akan tanya pegawai berkenaan. Apa ni? kalau jawapan macam ni, pengerusi JKKP Sungai Rapat aku pon boleh jawab.
akhirnya rakyat dan bertambah malang apabila pelabur luar melihat negara ini ditadbir oleh seorang 'pilot' yang tak tahu nak bawa kapalterbang tu ke mana. akhirnya bila kehabisan minyak, kapal akan terhempas. jadi sebelum kejadian itu berlaku, marilah sama-sama kita tukaq pilot tu, sumbat dia dalam jamban. tapi apakah kita punyai pilot pengganti yang boleh memandu kapalterbang yg dah nak kehabisan minyak ni?? jeng..jeng..


No comments:

 
a>