Thursday, February 19, 2009

nasyid

"mike ada CD nasyid x?nak pasang masa program khatan kat surau?" satu orang AJK surau tanya kat aku.

"CD nasyid x mandang yob, lagu search bley?amy pun dah join rabbani apa.."

apa barang tanya CD nasyid kat aku, seingat aku sekali je beli CD nasyid, tu pun pirates..hahaha..jual kat bawah khemah depan masjid negeri ipoh. ermm..maybe penjual situ berpegang pada pandangan menjual apa sahaja di tepi masjid adalah halal, walaupun yg dijual adalah vcd haram.

dari dulu aku tak berapa minat nasyid, khususnya nasyid lentok. lebih-lebih lagi yang berkisar soal cinta pada manusia. letak je sebaris dua ayat2 masjid, dah bolehlah claim lagu tu lagu nasyid, walaupun aku tak nampak apa benda nasihat dalam lagu tu.

aku bukan anti-nasyid, lirik nasyid yang baik, yang mengajak manusia kepada takutkan tuhan, yang menyeru kepada jalan jihad, yang membangkitkan semangat perjuangan adalah elemen penting dalam jalan-jalan dakwah. tapi nasyid seperti ini agak kurang di malaysia, maybe sebab orang malaysia ni lemah-lembut, so dorang lebih suka dengor nasyid yang melentok. kalau adapun lagu2 yang berunsur perjuangan, selalunya tak berapa nak kedengaran kat radio, entah kenapa aku x tau.

tapi lagu nasyid yg paling lwak aku pernah dengar dinyanyikan oleh Yassin. x silap aku nama lagunya "hadhari" apa kejadah lagu macam tu. dari menyayi lagu2 macam tu, baik nyanyi pasal mencintai sungai, jagalah kebersihan adalah gak pekdahnya.
masa kat kampus dulu, aku selalu gak dengar lagu2 nasyid perjuangan dari indonesia, kumpulan2 nasyid yang ditubuhkan oleh Partai Keadilan Sejahtera PKS, banyak menyeru kepada semangat jihad.

No comments:

 
a>