selalu orang tanya kat aku mengenai pengalaman menjadi pemimpin pelajar. sebenarnya aku malas nak cerita, tak tau kenapa, tapi bukan sesuatu yang aku rasakan seronok utk diceritakan.
tapi memandangkan ramai adik2 especially sabahan yg sekarang mengaktifkan diri bersama gerakan Islam di kampus2 dan terlibat secara langsung dengan PAS, aku rasakan perlu untuk aku kongsikan sedikit pengalaman. bukan aku nak kata aku pernah pegang jawatan tertinggi, so korang kena ikut aku. bukan macam tu. tapi pengalaman seseorang itu berlainan, mungkin dapat dijadikan panduan buat adik2 yg masih panasss dengan gerakan Islam.
mungkin ramai yang tak kenal aku, jadik aku perkenalkanlah serba ringkas mengenai diri aku. lahir dan membesar di sandakan, X smk batu sapi n SMK sandakan. kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undeng2 ( macam majistret Labu ). mantan presiden MPP UKM dan pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara.
menyingkap kembali penglibatan aku dalam jemaah Islam kampus membuat aku memeras sepenuhnya simpanan memori otak.aku tak ingat mcam mana aku boleh terjebak( ok ke ayat ni..?) dalam gerakan pelajar. tapi yg pastinya aku banyak dikader oleh abg2 MARSIS utk kenal lebih rapat dgn Islam.
terus-terang aku katakan, aku sebenarnya tak berminat sgt nak join prgram2 dorang asalnya. iyerlah aku dulu mat rock ( campur dangdut sket2) mana bley masuk ngan geng2 masjid ni kan. alhamdulillah, berkat kesabaran dorang berhadapan dgn aku yg berjiwa revolusioner dan gerila, akhirnya aku memilih utk join jmaah Islam kampus.
mula2nya mmglah susah nak ngam ngan ahli2 sejemaah.aku manalah tahu bab tarbiyyah, tamrin ke, usrah ke. tu semua bahasa arab tu, aku bugis beb. tahun pertama aku dilantik jadi exco siasah wal qiadah. ape ke benda aku pun blur lagi.
tahun pertama penglibatan aku, aku habiskan dgn memahami terma2 bahasa arab yg sering digunakan. mula2 aku pelik bila dorang membahasakan diri mereka dengn ana.
"ana nak ajak enta usrah malam ni"
"enta free x, ana nak belanja makan ni"
" enta ni syeikh, hensem sesungguh"
nama dia sape? Rohana?mazliana?anabell?apsal mcam nama pompuan. bila masa lak nama aku unta?
tu soalan2 yg sering bermain kat fikiran aku bila bersembang dgn kengkawan sejemaah. dan proses pengenalan kpd jemaah itu berlangsung dan aku harus adapt dengan cepat dgn suasana baru ni.
InsyaAllah aku akan sambung dalam posting yg akan datang utk berkongsi pengalaman suka dan duka dalam perjuangan di kampus,especially utk adik2 sabahan, the future leaders of our state
Friday, October 24, 2008
pengalaman yang aku jarang nak kongsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam...
Saya juga ingin memperkenalkan diri...
Saya, lahir serta mengenal dunia di daerah tercinta, Sandakan Sabah, ex-student SMK Taman Fajar Sandakan (pernah juga dikenali sebagai SMK Sandakan II) dan SMK Muhibbah Sandakan (form six), melanjutkan pelajaran di UMS dalam pengkhususan Ekonomi Perancangan & Pembangunan, bekas aktivis mahasiswa sepenuh masa, pernah menjawat jawatan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (bahagian Pengaduan Pelajar & Kemasyarakatan) untuk Persatuan Mahasiswa UMS.
p/s : bila abang sambung nanti, saya sambung jugak ;)
salam.
saya budak baru belajar,UM tahun 2..pendidikan Islam.
abg haris ni rupanya alumni UKM,maaflah sbb x mengenali sebelum ini..pada zaman tu mmg gerakan marsis mmg mantap la kan?sekarang di UKM ada 2 org jak ahli marsis..
kongsi pengalaman camni best juga.
raj, saudara seorang yg hebat dan punya byk pengalaman. sayangnya kita belum mamou utk berbakti d negeri sendiri. terutama aku, ckp berdegang, tpi bila bab perlksanaan fail!!
intisor,
insyaAllah pengalaman itu satu proses, ia akan "memakan" setiap dari kta. Marsis?hurmmm...ada byk kisah yg pahit n manis di ditu
Salam>>
Saya insan anak kelahiran Lahad Datu tetapi menetap di Kinabatangan. pernah memegang Exco pengaduan & Hbgn pelajar (JAKMAS) dari UMSKAL.
bila membc post sahabat2 semua, sy berasa rendah diri.. kerana sy cuma insan biasa yg tidak punya apa2 utk di banggakan..
tapi anda semua mempunya pengalaman yg besar dlm mengenal erti kata perjuangan yg sebenar..
tetapi sy???
p? teruskn perjuangan kita w/pun x bergelar pemimpin lg.. (ker mcm na).. :)
ochie,
thnks for d visit. perjuangan adalah perlaksanaan kata2. kecil atau besar, bukan yg utama. teruskan perjuangan.
Aku anak jati Sandakan.
Semua ini adalah teori untuk kita berkongsi pengalaman dan cita-cita.
Saya mencadangkan kepada kita semua agar kita perlu kembali ke tanah air sendiri. Sandakan milik kita bukan milik ustaz-ustaz daripada Kelantan dan sebagainya. Tangan-tangan yang allah berikan suntikan kefahaman kepada kita perlu untuk kita gembleng di tanah air sendiri..
Ayuh, doakan kita semua. Tidak sabat berkumpul, makan dan mencorak keadaan di Sandakan bersama sahabat-sahabat semua.
Salam kasih sayang..
salam..
pelik,ana ni ahli j jgk tp mcm d sisihkan oleh MARSIS..klu ad prgrm ndak prnh pn d jmput..
tp ndakpala..
salam...
Alhamdulillah atas lwtn geo ke blog oci. :) semoga perjuangan kita tak kira ayat ataupun tindakan mendapat rahmatNYA.. oci insan yang lemah.. mengharapkan rakan2, sahabat2 suma untuk menyupot oci.. :)
thanks..
Wassalam..
Post a Comment