Tuesday, October 28, 2008

PRK. Pilihanraya kartun..

"esok enta datang bilik PMUKM, enta jadik calon umum"

Aaaa sudah..biar betul ni?telinga aku masih berdengung bila dengar perintah macam tu dari sorang senior, aku baru balik merempit. kalau bertanding bawah parti Cap Ayam aku rasa OK, tapi bila dicalonkan untuk bertanding sebagai calon parti Islam, aku rasa ragu-ragu dengan kelayakan yang aku ada.

PRK zaman aku mula2 masuk UKM dulu, adalah antara yg paling demokrasi dan bebas. Perlawananan satu lawan satu diantara mahasiswa pro-pembangkang dan yang taksub kerajaan. hijau putih vs merah putih. campur tangan pihak pengurusan di tahap minima, kalaupun ada cuma birokrasi yang diperpayahkan kepada persatuan pelajar yang dilihat pro-pembangkang. NC yang berwibawa, walaupun cuba dirongrong oleh TNC HEP ketika itu, kuasanya tersekat dek keterbukaan pentadbiran tertinggi UKM.

hari ini dan tika hari2 terakhir aku punya locus standi memakai kad matriks pelajar, demokrasi mati sedikit demi sedikit. tinggal cuma demokrasi picisan, hingusan dan mandul. campur tangan melampau pihak pentadbiran dan KPT, tekanan hebat kepada pelajar yg tidak sebeulu dengan kerajaan, PRK yang memperkenalkan peraturan2 di luar aturan semuanya menjadi pusara2 kepada bangkai demokrasi dan kebebasan bersuara mahasiswa.

mahasiswa adalah manusia yang penuh idealogi, merapi amarah kepada ketidakadilan, kebencian kepada salah guna kuasa dan kecintaan kepada agama tetapi dihalang untuk menzahirkan pendirian dan dibisukan dengan gertakan dan acuman penggunaan AUKU. Akhirnya bila tanah yang sepatutnya subur dengan wacana keilmuan, diskusi politik, medan membentuk pimpinan masa depan, digersangkan oleh pihak pemerintah, ia akhirnya hanya mampu mengraduasikan mahasiswa robot.

pada aku idealogi di kampus sering tidak mencerminkan idealogi graduan. betapa ramai yg menjadi hero kepada gerakan Islam di kampus akhirnya tersungkur menyembah sistem nasionalis begitu juga sebaliknya. Fuad Zarkashi (ahli parlimen BN-Batu Pahat, mantan presiden PMUKM pro-Islam), Ahmad Shaberi Chik (menteri penerangan, mantan presiden MPPUM pro-Islam), Saifudin Nasution (ahli parlimen machang-PKR, mantan ketua penerangan pemuda UMNO, seusrah dengan Fuad Zarkashi yg naqibnya ust.nakhaie ahmad) anwar ibrahim tidak ketinggalan, sekadar mengambil beberapa nama.

jadi apa sebenarnya yg dibimbangkan oleh kerajaan kepada gerakan pelajar.biarkan mereka dengan dunia mereka, bila keluar nanti mereka akan tahu realiti sebenar. ikut pengalaman aku, selalunya mahasiswa yg terlibat dengan gerakan pro-pembangkang ini lebih terampil dan berwibawa jika mahu dibandingkan dengan mahasiswa pro-kerajaan yang manja ala-ala azwan ali itu.

melihat kepada hari senario PRK hari ini, aku sering tersenyum sendiri. kalau beginilah bentuk PRK, dengan segala campurtangan dan peraturan2 yg illogical, tukarlah kepada pilihanraya kartun. lucu, lawak dan macam badut.

No comments:

 
a>