"Akademik adalah jihad no.1, namun perjuangan Islam bukanlah no.2"
kata2 dari seorang naqib aku semasa di ukm dulu, menjadi sumber kekuatan utk terus bersama dalam jemaah kampus.
tidak aku nafikan sebgai seorang mahasiswa yg memlih utk bergiat dlm gerakan pelajar risikonya cukup tinggi. jika didapati bersalah kemungkinan utk disingkirkan dari pengajian atau digantung adalah risiko yg perlu dihadapi.
belum lagi dgn kesukaran mengatur masa, antara akademik dan gerakkerja, antara kehidupan peribadi dan jemaah, bergerak "upperground" dan underground, kesemuanya menuntut kepada komitmen dan kebijakan mengatur masa.
sebagai anak yg lahir dari keluarga yg susah, aku tahu tanggungjawab sbg anak itu mata berat. harapan dan masa depan keluarga terletak di bahu aku. dalam pada masa yg sama aku tidak sanggup utk terus diam membisu tatkala agama dipersendakan, kezaliman dirajakan dan ketidakadilan menjadikan peraturan.
rasa takut dan bimbang kadang2 dtg menyerbu bila terkenang nasib rakan2 yg digantung pengajian kerana terlibat dgn demonstrasi haram. belum dicampur dgn sesetengah sahabat yg GB disebabkan oleh pointer yg teruk, alasannya terliabt dgn gerakan pelajar. mungkin aku boleh menerima semua itu kalau itu mahar yg terpksa dibayar utk nama perjuangan, tapi siapa yg akan membela keluargaku jika aku gagal menamatkan pengajian. pointer yg merudum, assignment yg berlmbak, gejolak cinta muda yang merangsang, jiwa anak muda rindu pada hiburan, adalah elemen yg menggoyah komitmen pada jemaah, yg kdang kalanya terlalu sukar ditepis oleh iman yg turun naik.
SMART dan bijak dalam mengatur waktu adalah asas penting seseorang dai'e. seringkali seseorang dai'e gagal dlm akademiknya mudah menyimpulkan bahawa kesibukan dgn jmaah menjadikan masa mereka terhad utk akademik. sebnarnya ia tidak benar sama sekali. ada ramai lagi pelajar yg aktif dan memegang jawatan yg tinggi msih mampu utk mnjadi pelajar yg cemerlang.
jika dikira dgn teliti, masa sbnrnya byk dihabiskan dgn aktiviti yg tidak berfaedah cthnya bersembang hingga lewat malam, main game yg keterlampauan, tidur yg sungguh menggerunkan, keluar makan hngga ke lewat pagi, semua ini adlah fktor yg sebenarnya menjadikan masa sbg peljar itu terbuang. aku ada beberapa org sahabat yg terlibat dgn jmaah dan akhirnya mereka ini mnamatkan pengajian agak lewat. sebahagian menyalahkan jmaah kerana kononnya mengambil masa belajar mereka. tapi aku yg serumah dg dorang ni tahu, masa dorang byk dihabiskan dgn menonton DVD CSI, game FIFA, counter strike dan masa yg diambil oleh jmaah biasanya amatlah sedikit.
nasihat aku kepada adik2 dikampus, yg berhadapan dgn masalah akademik dan kecelaruan jadual masa akademik dan jemaah, senaraikan dulu aktiviti yg penting dan tidak pnting dlm jadual harian atau mngguan. listkan senarai yg wajib dihadiri macm kuliah akademik, tutorial, study group dlm satu list. kemudian listkan pula senarai prgrm jmeaah yg wajib spt usrah, kuliyyah haraki atau liqa'2 yg ptng. kmudian listkan pula senarai aktiviti akademik yg sunat atau elektif hukumnya.
kemudian sediakan jadual harian atau mgguan, masukkan dulu aktiviti2 akdemik n jmaah yg wajib dihadiri. kemudiannya jika masih ada masa terluang masukkanlah aktiviti2 sunat dlm ruang masa yg masih kosong. oo yaa..jgn lupa siapkan sedikit ruang utk riadah.
InsyaAllah jika jadual ini dihormati dan diikat dgn disiplin waktu, adik2 akan dapati sebnarnya byk lagi masa yg terluang dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. yang paling penting kebijakan dan kemahiran utk mngatur waktu adalah essential atau keperluan asas utk mnjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat.
Thursday, November 27, 2008
Ahli Jemaah kampus harus SMART dlm soal waktu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment