aku mememerlukan hampi2 2 minggu utk menghabiskan buku ayat-ayat cinta yg terkenal itu. 510 halaman utk 2 mnggu adalah cukup lama untuk aku. kadang2 ada masanya aku terpaksa memaksakan diri utk membaca, tidak kurang juga perenggan yg aku skip.
pada aku jalan ceritanya agak membosankan (hahaha..msti yg fanatik AAC tak puas hati ngan aku). aku membelinya kerana promosi dari mulut ke mulut ttg keistimewaan novel Islami ini. aku tidak menafikan, kalau sebagai novel Islami, ust. Habiburrahman sudah berjaya menjelmakan sebuah ovel yg padat dgn ilmu dan visi Islami. tapi sebagai sebuah karya sastera, aku x rasa ada keistimewaannya.
kepada sesiapa yg pernah membaca karya Faisal Tehrani, aku kira karya anak tempatan ini jauh lebih indah disamping punya mesej Islami yg kadang-kala revolusioner dan menantang. karya seperti kombat 1511, detektif indigo, saasatul ibad atau manikam kalbu membawa mesej Islam yg memaksa pembaca berfikir di luar 'kotak'.
tidak seperti AAC, karya faisal memuatkan mesej Islami yg tidak dipaksa-paksa. pembaca diajak untuk berfikir dengan ulasan sesuatu isu dengan susunan ilmu yg padat dan memerlukan kajian yg mendalam.
selain perbincangan ilmiah yg merangsang, karya2 faisal juga tidak meninggalkan nilai sastera yg tinggi, gaya bahasa yg memukau serta nilai estetik sebuah karya sastera Islami. aku tidak menafikan AAC juga punya nilainya sendiri, tapi kadang2 gaya penceritaannya hanya seperti diari kehidupan seorang pelajar yg diolah menjadi novel yg mendatar ( melainkan beberapa bab yg terakhir).
minta maaf para peminta AAC, aku punya pndangan berbeza mengenai novel kesukaan anda. saya menjemput anda membaca karya2 faisal tehrani. oh ya..sebagai permulaan bacalah detektif indigo.
Tuesday, December 9, 2008
Ayat2 cinta membosankan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment